ADAKAH AKU IKHLAS?

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa
amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah
yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam
barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita
pada hari pembalasan kelak.  Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat
sesuatu, hinggalah ke akhirnya   perlulah hanya kerana Allah semata-mata.
Tidak kira amalan itu menyentuh  perkara peribadi mahupun dalam kehidupan
berdakwah. Namun, ibarat kita   hendak mengenal samada kita sudah terkena
penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada   tanda-tanda yang dapat menolong kita
memastikan adakah benar kita ini  ikhlas.   Antaranya :-
  1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
  2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
  3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
  4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub
akan diri sendiri.
  5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
  6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
  7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
  8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap
  bekerja dan menyumbang.
  9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
  10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi
ketua
  (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah
  bukan dari manusia tetapi dari Allah)

 Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah
panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri
kita   sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya.
Pekerjaan   yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat
yang batil   tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang
berperang di
 saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas
kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum
orang   lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan
ikhlasnya    seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan
diatas batu yang   hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa
besarnya hati manusia itu, apa   bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap
Allah ta'ala.

 Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith nabi.. telah berkata " 3 golongan
yang   tidak diterima allah ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya
kepada nabi   apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya
menginfaqkan (  sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak
ikhlas. 2.  Orang-orang yang berjihad di jalan allah, mahupun perang atau
sebagainya. 3.  Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi
tidak ikhlas kerana  Allah ta'ala"   Jadi sahabat dan sohabiat yang
dirahamtilah allah sekalian dapat kita renungkan   betapa besar ikhlas tu
perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentias merasuk   diri anda supaya
mengkianati Allah ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa   anda dari
perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di
akhirat kelak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui
dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada
amalan yang baik atau sebaliknya.

 Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!   Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,   hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami.

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal
kepadaMu, taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu.

Wahai Tuhan kami!   Sesungguhnya kami mohon kepadaMu   ketetapan di dalam
urusan ini   keazaman di dalam hidayah   tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu   mensyukuri Engkau   baik ibadat kepadaMu.

 (someone)

0 komentar:

Posting Komentar